Thursday, August 28, 2014

HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)


Apakah High Fructose Corn Syrup (HFCS) ?

HFCS atau dalam Bahasa Melayu Sirap Jagung FruktosaTinggi ialah pemanis berkalori yang digunakan untuk memaniskan makanan dan minuman terproses. Ia dihasilkan melalui proses enzim daripada sirap glukosa yang berasal dari jagung.

Jagung yang menghasilkan HFCS

Kenapa HFCS Digunakan dalam Industri Makanan ?

  • Kemanisannya yang sama seperti gula
  • Membantu mengekalkan jangka hayat makanan lebih panjang
  • Kurang mahal berbanding pemanis lain  
  • Menggabungkan dengan makanan lain dengan baik
  • Meningkatkan kualiti makanan

Apakah Contoh Makanan mengandungi HFCS ?

Contoh label pada pembungkus makanan

+ Aiskrim
+ Sebahagian besar produk Kellog's, Heinz, Kraft, coklat Hershey's
+ Pepsi, Coca Cola, Sprite
+ A&W
+ Produk minuman Capri-Sun
+ Emping Jagung
+ Minuman berkarbonat
+ Minuman Jus Campuran
+ Coklat
+ Produk susu
+ Jem
+ Sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram
+ Minuman kopi segera
+ Roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin
+ ubat batuk, ubat batuk Vicks
+ Yogurt
+ Sup Campbells


Adakah Gula dan Sirap Jagung Fruktosa Tinggi sama?

Ya. Keduanya terdiri daripada nisbah Fruktosa dan Glukosa yang sama dan mengandungi jumlah kalori yang sama (4 kalori per gram).

Contoh Keratan Akhbar

Apakah antara kesan bahaya HFCS ?

  • Risiko besar kenaikan berat badan dan obesiti
  • Meningkatkan risiko untuk dapat Diabetes Type-2
  • Tekanan darah tinggi & meningkatkan Tahap Kolesterol Tidak Baik
  • Merosakkan Hati
  • Pendedahan Mercury dari HFCS menyebabkan kerosakan otak dan sistem saraf

Semoga info dalam entry kali ini membantu anda menjadi Pengguna Bijak ~

Sunday, August 24, 2014

BOLEH ATAU TIDAK MAKAN PEWARNA DARAH KUMBANG ?

Jika dikaji, terdapat pelbagai pendapat mengenai status pewarna darah kumbang ini.

Mari kita tengok secara kasar..

Ini adalah status halal bagi beberapa jenis aditif makanan dan yang berkotak merah itu adalah Pewarna darah kumbang (Cochineal/Carmine).


Dipetik dari http://sususejat.com/kod-e-dalam-ramuan-makanan/..

Namun begitu, berdasarkan Akta Makanan 1993, penggunaan Cochineal/Carmine dibenarkan.
Tapi terpulang kepada anda untuk tentukan, sekiranya ianya menimbulkan keraguan lebih baik kita sama-sama elakkan.

Kita boleh menggunakan bahan yang lebih natural seperti pewarna dari ros (merah), daun pandan (hijau), bunga telang (biru/ungu) dan pelbagai lagi. Ternyata lebih selamat dan yakin.

Semoga maklumat dan perkongsian dari entri ini membantu anda membuat pilihan sebagai pengguna.

Friday, August 22, 2014

PEMBOHONGAN PEMANIS TIRUAN

Hai semua !

Hari ini Manis ingin kongsikan dengan anda semua ulasan produk pemanis tiruan yang ada di Malaysia. Ini bukan untuk apa-apa, sekadar perkongsian bersama.

So, jom kita cek. Banyak persoalan yang timbul :-


Maklumat produk
Nama produk : P3 Sweetener
Ramuan : Tebu hitam
Cara Proses : Ekstrak Nanoteknologi
Harga : RM40/botol (10ml)
Ulasan : Mahal dan tiada bukti dihasilkan secara teknologi. Mana kilangnya??



Maklumat produk
Nama produk : RCC Sweetener
Ramuan : Stevia
Cara Proses : Ekstrak 
Harga : RM120/3 botol (10ml)
Ulasan : Sangat mahal. Bukan stevia shj tapi ada sucralose juga. Apa bukti pure stevia?






Maklumat produk
Nama produk : Pengganti Gula Anugerah
Ramuan : Tebu & sucralose
Cara Proses : Ekstrak 
Harga : RM68/ botol (10ml)
Ulasan : Yang ini terbukti adalah sucralose (Ini BAHAYA).





Maklumat produk
Nama produk : Treasure Drop
Ramuan : Tebu & E955 (Sucralose)
Cara Proses : Ekstrak 
Harga : RM98/botol (10.5ml)
Ulasan : Sudah pasti lah gula sucralose. (Ini pun BAHAYA). Sangat Mahal pula tu.




Maklumat produk
Nama produk : Amross Sweetener
Ramuan : Tebu hitam
Cara Proses : Ekstrak Nanoteknologi
Harga : RM50/botol (10ml)
Ulasan : Agak Mahal. Sama juga, kata nanoteknologi tapi mana kilangnya ?? 


Maklumat produk
Nama produk : Purasweet Sweetener
Ramuan : Sucrose (Gula) & Sucralose
Cara Proses : Manufacturing
Harga : Unknown
Ulasan : Ini gula sucralose. Sememangnya tidak boleh guna sebab sucralose adalah bahaya utk kesihatan.



Maklumat produk
Nama produk : SureSweet
Ramuan : Tebu 
Cara Proses : Ekstrak Nanoteknologi
Harga : RM39.90/botol (10ml)
Ulasan : Lagi nanoteknologi yang tiada bukti kilang. Bagaimana boleh hasilkan gula nanoteknologi? 




Secara keseluruhan, boleh dikatakan semua produk sama. Nanoteknologi, ekstrak tebu, stevia dan pelbagai. Tiru-meniru sudah menjadi kebiasaan, masih lagi pertanyaan:

- Gula nanoteknologi dihasilkan di rumah/pejabat?
- Beli gula dari China, bungkus di rumah lepas tu cakap produk semulajadi tanpa gula dan dihasilkan dengan nanoteknologi. Buat produk sendiri?
- Agak-agak perlu ke sampai harga RM60-RM70 utk 1 botol? Sangat Mahal di situ.
- Ada buat research ke sebelum keluarkan produk ni? sucralose bahaya untuk kesihatan.

KENAPA DARAH KUMBANG JADI PILIHAN ?

Asal Usul Cochineal
Pepijat Cochineal adalah berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, di mana tuan rumah mereka, kaktus, juga berasal tempat sama. Kedua-dua Inca dan Aztec menggunakan cochineal sebagai pewarna, yang sangat berharga yang mana beg Cochineal kering  telah digunakan sebagai mata wang atau sebagai penghormatan. Orang Sepanyol mengambil cochineal kembali ke Sepanyol, dan semasa zaman penjajah, cochineal adalah eksport kedua paling berharga Mexico selepas perak. Cochineal adalah lebih tinggi daripada pewarna merah yang digunakan di Eropah pada masa itu, dan menjadi sangat popular. Ia telah digunakan untuk mewarnakan jubah kardinal Roman Katolik dan "redcoats" yang digunakan oleh tentera British.

Tempat tinggal Pepijat Cochineal 

Kenapa Jadi Pilihan ?
Dalam pertengahan tahun 1800-an, dengan kemunculan pewarna kimia, yang lebih murah kos penghasilannya, permintaan untuk cochineal dalam industri kain pudar dan industri menjadi runtuh. Tetapi pada tahun 1900-an, tekanan untuk menggunakan produk semula jadi dan bukannya yang kimia dalam makanan telah membuat cochineal dan carmine, bentuk yang bersih, menjadi semakin penting sebagai pewarna makanan. Hari ini cochineal sekali lagi dihasilkan secara komersil.


Hakikatnya
Apabila anda memberitahu orang bahawa yogurt raspberi, ceri maraschino, Starbucks Frappuccino Strawberry, jenama gincu, atau beratus-ratus barangan lain yang berwarna dengan ekstrak semula jadi ini, kebanyakan memberontak daripada tertarik.

Gambar dekat Pepijat Cochineal

Jika anda lihat sendiri gambar di atas apa yang anda akan fikir ?

Ada tak anda bayangkan yang makanan yang anda makan sebenarnya asal daripada benda ini. Agak terkejut juga bukan. Jadinya, kalau anda tidak mahu benda ini jadi makanan, perhatikan betul-betul label kandungan. Jika terdapat label 'Carminic Acid', 'Cochineal Coloring' atau 'Carmine' jangan beli kerana itu adalah kod warna bagi pewarna merah darah kumbang. Bagi yang berkenaan shj, kalau nak beli pun tiada masalah. Sekadar perkongsian bersama..

Selamat Mengguna~

Tuesday, August 19, 2014

STEVIA PENGGANTI GULA TEBU ?


Petikan dari Utusan Malaysia 2010

Kenapa Gula Stevia lebih Baik daripada Gula Tebu ?

Ramuan stevia terdiri dari Stevioside dan Rebaudioside. Terdapat banyak manfaat dari penggunaan gula Stevia terutamanya dari sudut kesihatan.

Stevia lebih manis dari gula biasa, tiada kalori, tidak toksik, tiada karbohidrat - menjadikan ia amat sesuai untuk penghidap kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, gigi berkarat dan hypo/hyperglycemia.

Gula tebu atau nama lain gula putih (juga dikenali sebagai sukrosa) adalah karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama dalam makanan.

Menurut kajian saintifik, gula dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang dan osteoporosis.

Stevia atau Gula (sukrosa)
Pilihan Bijak

Seperti yang diketahui, Stevia semakin dikenali dan menjadi sumber terbaik sebagai pengganti gula berbanding gula tebu kerana keaslian manis yang ada padanya.

Namun begitu, tidak kesemua produk gula stevia di pasaran adalah 100% pure stevia. Kita pastinya perlu berhati-hati semasa membuat pilihan untuk kegunaan kita sendiri.

Kebanyakan gula stevia yang terdapat kat pasaran dihasilkan dengan campuran sukrosa (Gula) dan juga sucralose.

Ini adalah salah satu contoh produk stevia yang mengandungi campuran stevia dan sucralose tetapi tidak dinyatakan dalam senarai kandungan (Cuma ada Stevia dan air).


[ Sumber: http://ibugulanano.blogspot.com/2014/08/oh-bahayanya-gula-tiruan-sucralose.html ]
Boleh singgah blog ini jika ingin tahu lebih info tentang gula.

Friday, August 15, 2014

KEBAIKAN GULA DARI STEVIA

Anda Pernah Dengar Stevia? 


Pokok Stevia
Stevia adalah sejenis tumbuhan renek yang merupakan sebahagian genus matahari (Asteraceae) berasal dari iklim sub tropika dan tropika dari bahagian barat Amerika Utara ke Amerika Selatan.

Spesies stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf, daun manis atau mudahnya stevia, telah ditanam secara meluas untuk dapatkan kemanisannya.


Gula dari Stevia

Pada 1500 tahun yang lalu, puak Guarani (orang-orang asli Paraguay) yang telah menemui suatu pohon yang mempunyai daun yang manis seperti gula. Selain dari rasa manis, mereka juga mendapati pokok daun manis ini mempunyai banyak kegunaan. Antaranya:

  • Melembutkan kulit
  • Membantu menghadam makanan 
  • Menyuburkan hempedu / pancreas
  • Mengimbangi gula dalam darah
  • Melicinkan kedutan kulit
  • Menyembuh kecacatan, kudis dan luka


Sekarang sudah ramai yang menyedari kelebihan stevia dan menjadikan stevia sebagai pengganti gula kerana kemanisan semulajadinya.

Berbeza dengan gula, stevia memberikan rasa manis yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula kerana keterlarutan stevia dalam air amat perlahan. Namun begitu, stevia mempunyai sedikit rasa pahit (seperti gula licorie -Gula herba English) pada kepekatan tinggi.


Kebaikan Stevia

  • Daun 20 - 30 kali ganda lebih manis dari gula
  • Ekstrak 200 - 300 kali ganda lebih manis dari gula
  • Sangat tinggi khasiat
  • Sangat enak jika dibuat ulaman
  • Tiada kalori
  • Tiada lemak
  • Tidak toksid dan tiada pemanis tiruan 
  • Tiada glisemik
  • Membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan
  • pH dan juga stabil kepanasan sehingga 200 celcius
  • Penambah rasa
  • Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri
  • Tanpa preskripsi doktor
  • Menghalang gigi dari rosak
  • Antioksida
  • Menambah tenaga
  • Menambahkan kekuatan minda
  • Tidak menambahkan paras gula dalam darah
  • Tidak menyumbang kepada penyakit jantung koronari
  • Mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak
  • Mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau


Gula Stevia Terbaik 

Sekarang banyak produk stevia di pasaran, disini Manis nak share produk apa yang paling baik dan berkesan. Anda pun boleh cuba juga !

Inilah produk gula Manis
Ini dulu untuk post kali ini..nanti jumpa lagi~

BAHAYA PEWARNA TIRUAN CARMINE?

Bila nampak perkataan 'tiruan' semestinya kita akan tahu bahawa ianya membawa bahaya kepada kita. Sama juga pewarna tiruan ini, ada bahaya juga kepada individu. Ambil masa sekejap hayati video ini untuk tahu lebih lagi apa bahayanya pewarna tiruan Carmine..

Thursday, August 14, 2014

PEWARNA MERAH DARAH KUMBANG DALAM MAKANAN??

Oh mai ! Kita makan darah kumbang ke ??

Jom baca selanjutnya~

Pernah tak anda check ingredients suatu barang dan ianya tertera mengandungi pewarna carmine?
Sebelum menikmati makanan anda, cuba anda perhatikan senarai kandungannya. Ada tak ianya tertera dengan nama Carmine? Jika ada, elakkan makan kerana carmine itu adalah darah kumbang.
"Pewarna carmine adalah pewarna merah yang digunakan kebanyakannya dalam industri makanan dan kosmetik untuk memberikan warna merah".

Contoh senarai bahan bagi sejenis yogurt

Dari manakah asalnya pewarna Carmine?
Carmine diperolehi daripada darah sejenis kumbang betina yang dikenali sebagai Cochineal. 
Inilah kumbang yang digunakan dalam  industri makanan dan kosmetik untuk pewarna carmine.

Kumbang Cochineal

Contoh-Contoh Produk Menggunakan Pewarna Cochineal (Carmine)



Lagi produk yang ada Carmine boleh lihat dalam video di bawah ini.


Bayangkan selama ini makanan atau minuman yang kita makan adalah sumber dari darah serangga. Sedapkan makan darah kumbang. Aiskrim, yogurt, sirap memang sedap dimakan dan nampak menarik sangat. Hakikatnya ianya adalah serangga. 

Kenapa pewarna dari seranggan juga digunakan sedangkan pewarna dari tumbuhan dan buahan semulajadi ada seperti strawberry, ceri dan sebagainya. Adakah pengeluar sukakan pewarna dari serangga ini? Tetapi kita sebagai pengguna semestinya tidak mahu kan. 

Berhati-hati memilih makanan atau minuman. Tengok isi kandungannya terlebih dahulu. Barulah beli !


Wednesday, August 13, 2014

PEWARNA TIRUAN

Hari ini Manis nak share sikit mengenai Pewarna Tiruan yang digunakan dalam makanan.
Memandangkan makanan sekarang pun makin berwarna warna, lebih baik bagi kita untuk mengetahui serba sedikit mengenai perkara ini.

Pewarna tiruan atau sintetik digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik, lebih lazat dan menyelerakan. Kebanykan industri makanan menggunakan pewarna tambahan tiruan untuk:

  • mengimbangi pemudaratan warna kerana paparan cahaya, udara, perubahan suhu dan kelembapan.
  • Memperbaiki variasi warna
  • Menguatkan warna yang terjadi secara semulajadi
  • Mewarnai bahan makanan yang tak berwarna
  • Membuat makanan lebih menarik sehingga mengundang selera

Banyak bahan pewarna tiruan ada sekarang. Contohnya:
  1. Carmin - Pewarna merah yang digunakan dalam makanan dan kosmetik
  2. Tatrazine - Pewarna kuning yang digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan
  3. Sunset Yellow - Pewarna yang dapat ditemukan dlm makanan seperti jus jeruk, aiskrim, keju, jeli, minuman soda dan banyak ubat-ubatan.
  4. Ponceau 4R - Pewarna merah hati yang digunakan dalam berbagai produk, termasuk selai, kuih, agar-agar dan minuman ringan.
  5. Allura Red - Pewarna sinetis merah jingga yang banyak digunakan pada makanan dan minuman.
  6. Quinoline Yellow - Pewarna kuning boleh dijumpai dalam produk seperti aiskrim dan minuman energi

NAK TAHU APA ITU SUCRALOSE, IBU GULA, GULA TIRUAN?

Gambar Contoh
Pernah atau tidak anda tahu apa itu Pemanis tiruan? 
Pemanis tiruan disini maksudnya adalah gula tiruan yang dihasilkan untuk menggantikan gula yang mana kandungan kalorinya adalah sifar. Pemanis tiruan terhasil disebabkan gula mengandungi tinggi kalori dan memudaratkan kesihatan.

Apa kaitan Sucralose dengan Pemanis tiruan? 
Sucralose, pemanis tiruan, gula tiruan dan ibu gula adalah benda yang sama. Sucralose adalah pemanis tiada kalori 600 kali lebih manis daripada gula (Sucrose). Sucralose dibuat dengan menggantikan tiga kumpulan hidrogen-oksigen  dalam molekul sucrose dengan tiga atom klorin. Sucralose adalah pemanis tiruan yang menggantikan gula.

Adakah Sucralose bahaya?
Sucralose adalah pemanis berklorin yang mana boleh merbahayakan kesihatan jika diambil berterusan. Berdasarkan kajian daripada Journal of Toxicology and Environmental Health, Part B: Critical Reviews, sucralose didapati boleh menyebabkan pelbagai kesan biologi yang berbahaya dalam badan.

Apakah Bahaya Sucralose?

  1. Sucralose adalah bukan semulajadi. Ianya pemanis tiruan berklorin dimana dihasilkan secara kimia dengan menambahkan atom klorin.
  2. Sucralose adalah karcinogenik. Ia boleh menghasilkan bahan kimia penyebab kanser jika dipanaskan.
  3. Sucralose menigkatkan risiko Penyakit Radang Usus (IBS).
  4. Sucralose menggalakkan penyakit diabetes.
  5. Sucralose juga boleh menjadikan diabetes semakin teruk.
  6. Sucralose menjadi punca kepada penyakit migrain.
  7. Sucralose menyebabkan kerosakan limpa.
  8. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada sistem kalenjar thymus.
  9. Sucralose juga boleh mengakibatkan kerosakan DNA.
  10. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Ini serba sedikit perkongsian untuk hari ini..
Moga membantu anda semua~

Tuesday, August 12, 2014

PERNAH GUNA GULA?

Di sini Manis nak cerita sikit nih.

Tahukan apa itu Gula?
Confirm lah tahu kan..

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Ia tidak langsing berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh kita. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan.


Terdapat pelbagai kesan kepada kesihatan akibat daripada pengambilan gula yang berlebihan:
  • Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
  • Mengganggu imbangan galian atau mineral dalam tubuh
  • Meningkatkan paras trigliserid
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
  • Merosakkan buah pinggang
  • Mengurangkan kandungan kolesterol yang baik (HDL)
  • Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDL)
  • Meningkatkan tahap glukosa dengan cepat
Dan banyak lagi. Kalu nak disenaraikan memang tak habis..



Apakah cara mengatasi masalah ini? Cara mudah kurangkan pengambilan gula.

Sekarang pun banyak terhasil gula tiruan di pasaran. Tetapi, adakah betul-betul selamat juga gula tiruan yang ada sekarang?

Saya sebagai salah seorang Food Technologist merangkap juga seorang pengguna telah membuat kajian ke atas semua gula tiruan yang ada. 

Untuk pengetahuan semua, gula tiruan dihasilkan adalah untuk menggantikan gula disebabkan gula memberika kesan tidak baik untuk kesihatan. Namu begitu, gula tiruan yang ada sekarang sebenarnya adalah lebih bahaya lagi berbanding dengan gula semulajadi. Ini kerana gula tiruan sebenarnya adalah sucralose. 

Apa pula sucralose?

Manis akan ceritakan mengenai sucralose pada post seterusnya..
Teruskan Mengikuti Blog Manis~


Monday, August 11, 2014

SELAMAT DATANG

Hai semua..

Kenalkan diri saya sbg Manis,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua info-info tentang menjadi seorg pengguna yang bijak..

Jangan lupa follow blog Manis ni untuk pelbagai info okey..