Wednesday, August 13, 2014

NAK TAHU APA ITU SUCRALOSE, IBU GULA, GULA TIRUAN?

Gambar Contoh
Pernah atau tidak anda tahu apa itu Pemanis tiruan? 
Pemanis tiruan disini maksudnya adalah gula tiruan yang dihasilkan untuk menggantikan gula yang mana kandungan kalorinya adalah sifar. Pemanis tiruan terhasil disebabkan gula mengandungi tinggi kalori dan memudaratkan kesihatan.

Apa kaitan Sucralose dengan Pemanis tiruan? 
Sucralose, pemanis tiruan, gula tiruan dan ibu gula adalah benda yang sama. Sucralose adalah pemanis tiada kalori 600 kali lebih manis daripada gula (Sucrose). Sucralose dibuat dengan menggantikan tiga kumpulan hidrogen-oksigen  dalam molekul sucrose dengan tiga atom klorin. Sucralose adalah pemanis tiruan yang menggantikan gula.

Adakah Sucralose bahaya?
Sucralose adalah pemanis berklorin yang mana boleh merbahayakan kesihatan jika diambil berterusan. Berdasarkan kajian daripada Journal of Toxicology and Environmental Health, Part B: Critical Reviews, sucralose didapati boleh menyebabkan pelbagai kesan biologi yang berbahaya dalam badan.

Apakah Bahaya Sucralose?

  1. Sucralose adalah bukan semulajadi. Ianya pemanis tiruan berklorin dimana dihasilkan secara kimia dengan menambahkan atom klorin.
  2. Sucralose adalah karcinogenik. Ia boleh menghasilkan bahan kimia penyebab kanser jika dipanaskan.
  3. Sucralose menigkatkan risiko Penyakit Radang Usus (IBS).
  4. Sucralose menggalakkan penyakit diabetes.
  5. Sucralose juga boleh menjadikan diabetes semakin teruk.
  6. Sucralose menjadi punca kepada penyakit migrain.
  7. Sucralose menyebabkan kerosakan limpa.
  8. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada sistem kalenjar thymus.
  9. Sucralose juga boleh mengakibatkan kerosakan DNA.
  10. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Ini serba sedikit perkongsian untuk hari ini..
Moga membantu anda semua~

No comments:

Post a Comment