Tuesday, August 12, 2014

PERNAH GUNA GULA?

Di sini Manis nak cerita sikit nih.

Tahukan apa itu Gula?
Confirm lah tahu kan..

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Ia tidak langsing berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh kita. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan.


Terdapat pelbagai kesan kepada kesihatan akibat daripada pengambilan gula yang berlebihan:
  • Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
  • Mengganggu imbangan galian atau mineral dalam tubuh
  • Meningkatkan paras trigliserid
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
  • Merosakkan buah pinggang
  • Mengurangkan kandungan kolesterol yang baik (HDL)
  • Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDL)
  • Meningkatkan tahap glukosa dengan cepat
Dan banyak lagi. Kalu nak disenaraikan memang tak habis..



Apakah cara mengatasi masalah ini? Cara mudah kurangkan pengambilan gula.

Sekarang pun banyak terhasil gula tiruan di pasaran. Tetapi, adakah betul-betul selamat juga gula tiruan yang ada sekarang?

Saya sebagai salah seorang Food Technologist merangkap juga seorang pengguna telah membuat kajian ke atas semua gula tiruan yang ada. 

Untuk pengetahuan semua, gula tiruan dihasilkan adalah untuk menggantikan gula disebabkan gula memberika kesan tidak baik untuk kesihatan. Namu begitu, gula tiruan yang ada sekarang sebenarnya adalah lebih bahaya lagi berbanding dengan gula semulajadi. Ini kerana gula tiruan sebenarnya adalah sucralose. 

Apa pula sucralose?

Manis akan ceritakan mengenai sucralose pada post seterusnya..
Teruskan Mengikuti Blog Manis~


No comments:

Post a Comment