Tuesday, September 23, 2014

FAKTA MENGENAI SUSU KAMBING

FAKTA PENTING !!

Mesti kita sume perasan kan dalam pasaran sekarang makin banyak produk susu kambing. Pelbagai jenama dan jenis ada, ada dalam bentuk liquid, powder dan sejuk beku juga.
Bagi mereka yang ingin dan gemar minum susu kambing mesti tertanya-tanya yang mana satukah paling TERBAIK ?

Disini saya nak share, dari pengalaman saya sendiri sewaktu proses mencari susu kambing yang betul-betul boleh saya minum. Saya seorang yang suka mencuba dan saya tidak suka susu kambing sebenarnya disebabkan baunya yang kurang enak. (Mesti ada juga diantara anda sama seperti saya ! Tapi saya suka susu.)

Apa yang menyebabkan saya ingin mencuba susu kambing apabila saya dapat tahu susu kambing sangat baik untuk diamalkan berbanding susu lembu.

Dipendekkan cerita, saya call seorang pengusaha susu kambing untuk bertanyakan mengenainya. Beliau mengusahakan susu kambing dalam bentuk TEPUNG. Katanya, semua susu kambing dalam bentuk serbuk macam mane sekalipun mesti ditambah sikit dengan “Non Dairy Cremer” untuk elakkan susu itu berketul dan tidak larut dalam air (Panas/Sejuk).

Tapi, jika nisbah “Non Dairy Cremer” sikit pengeluar tidak akan nyatakan dalam RAMUAN.
So, berhati-hati dgn perkataan TULEN pada packaging. Ianya bermaksud samada betul-betul tulen atau nisbahnya terlalu sedikit (Mengikut undang-undang dibenarkan jika tidak dinyatakan)


Saya pergilah beli dan rasa setiap satu produk susu kambing yang ada. Agak susah juga lah nak telan sehingga jumpa yang betul-betul TERBAIK. Dan ini hasil perbandingan yang boleh saya buat !!


PERBEZAAN SUSU KAMBING


Dan ini perbandingan yang dilakukan dari segi kandungan bahan yang dinyatakan pada kotak pembungkusan, keterlarutan dalam air suam, harga, rasa dan kebolehan untuk dibuat yogurt serta teksturnya.



Alhamdulillah,
 sekarang sudah boleh minum susu kambing sebab sudah jumpa yang betul-betul Terbaik !
Moga apa yang dikongsikan ini dapat membantu anda membuat pilihan ~
Selamat Menikmatinya..
Amalkan Susu Kambing..Memang baik untuk kesihatan.
Nanti next time akan dikongsikan lebih banyak lagi mengenainya..

5 comments:

  1. Dimana untuk dapatkan Dr Sweet stevia goat milk kalau di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni saya beli kat farmasi, tapi skrg saya beli direct kat ofis die kat wisma central. saya pun xpasti farmasi lain ade tak.

      Delete
  2. Kenapa tak cuba susu kambing segar 100% Asli... lihat page Susu Kambing Asli Alwaz. H/P 012 2853272

    Tiada campuran pengawet atau air. Di perah dari ladang ternakan yang bersih lagi Halalan Toyyiban.

    ReplyDelete
  3. Apa pilihan susu kambing tuan? Anak saya minum karihome.

    ReplyDelete
  4. Nice post thank you Tracey

    ReplyDelete