Tuesday, September 16, 2014

MEMAHAMI LABEL NUTRISI MAKANAN

Hari ini Manis ingin kongsikan sedikit info tentang cara bagaimana untuk fahami label nutrisi yang ada pada pembungkusan makanan.

Memahami label sangat penting bagi memudahkan kita memilih makanan yang sesuai dan mengandungi kandungan khasiat yang baik untuk badan.

Contoh nutrisi label
Ok, ini adalah contoh nutrisi label bagi makaroni dan keju. Nutrisi label ini berbeza mengikut jenis produk makanan dan ianya mengandungi maklumat spesifik produk (Saiz hidangan, nilai kalori & maklumat nutrisi).

Sekarang kita pergi satu per satu :

1. Saiz Hidangan
  • Saiz hidangan diselaraskan untuk memudahkan kita membandingkan dengan produk yang sama jenis.
  • Bilangan kalori bergantung kpd saiz hidangan yang diambil. Contohnya; 
#1 - Satu hidangan makaroni & keju sama dengan satu cawan.
Kalau makan kesemua pakej bermaksud dua cawan.
Ini bermaksud akan gandakan juga nilai kalori dan kandungan nutrisi
2. Kalori 
  • Kalori menyediakan ukuran berapa banyak tenaga yang akan dapat daripada hidangan makanan tersebut.
  • Bahagian ini membantu anda untuk menguruskan berat badan anda (Kurang, Lebih atau Kekal).
  • Contohnya;
#2 - Kalori 250 bermaksud terdapat 250 kalori dalam satu hidangan makaroni & keju ini.
Dan hampir separuh kalori adalah dari lemak.

             Panduan kalori (Based on 2000 diet kalori):
                                       40 kalori  = Rendah
                                     100 kalori  = Pertengahan
                                     400 kalori  = Tinggi

3. Nutrisi - Hadkan pengambilan

#3 - Senarai nutrisi yang perlu dihadkan pengambilannya
  • Makan terlalu banyak di bahagian ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantug, kanser atau tekanan darah tinggi.
4. Nutrisi - Pengambilan Secukupnya

#4 - Senarai nutrisi yang perlu diambil secukupnya
untuk mengurangkan risiko penyakit
  • Makan secukupnya nutrisi ini boleh membantu kesihatan dan mengurangkan risiko sesetengah penyakit dan keadaan. Contoh kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis (keadaan yang menyebabkan tulang rapuh pada satu umur).
5. Footnote

#5 - Footnote pada produk makanan
  • Tanda * bermaksud peratus Nilai harian (DV) adalah berpandukan kepada 2,000 diet kalori.
  • Perlu ada pada setiap label produk makanan.
  • Ianya sentiasa sama dan tidak berubah dari produk ke produk disebabkan ini adalah nasihat diet yang disyorkan bukan spesifik produk makanan.
  • Tanda bulatan pula bermaksud nilai harian bagi setiap nutrisi yang disenaraikan dan berpandukan nasihat pakar.

6. Peratus Nilai Harian (%DV)
  • Panduan DV: 5% atau kurang adalah rendah, 20% atau lebih adalah tinggi.
  • Contohnya; tengok pada Jumlah Lemak adakah ianya rendah atau tinggi ?
#6 - Semak panduan DV, Jumlah lemak adalah 18%DV
dimana kurang dari 20% maksudnya tidak tinggi.
Tetapi, jika ambil dua hidangan nilai berganda kpd 36%DV.
  • Maksudnya, jika anda ambil dua hidangan akan jadi 36%DV dan tinggal lagi 64%DV jumlah lemak untuk semua makanan anda ambil pada hari itu termasuklah snek dan minuman.
Ok lah, setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Moga ianya membantu anda untuk dapatkan diet harian yang sihat dan secukupnya.

Jumpa next entry~

No comments:

Post a Comment