Friday, October 31, 2014

BAGAIMANA UNTUK DIET ?

Ada tak yang ada kemahuan untuk dapatkan badan yang ideal lagi sihat ?
Kalau diikutkan semua inginkan sebegitu bukan tapi bagaimana ?
Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana mahu diet. 


5 TIPS MUDAH UNTUK DIET

1. Setkan Goal anda
Anda tentukan matlamat diet anda secara realistik. Apa yang ingin capai ?
Cukup jika dapat turunkan berat badan walaupun sedikit kerana kesannya akan merangkumi keseluruhan kesihatan anda terutama tekanan darah, aras gula dalam darah dan kolesterol.

Apa yang ingin dicapai ?


2. Plan dan ikut jadual diet anda.
Anda mesti senaraikan apa makanan sihat yang anda boleh dan tidak boleh ambil.

Merancang Diet lebih baik

3. Mulakan Langkah Secara Perlahan
Untuk mengubah diet pemakanan bukan boleh dilakukan secara drastik. Anda perlu lakukan dengan langkah pertama dan kekalkan.
Cara paling mudah adalah dengan menggantikan stok makanan dalam peti sejuk dan kabinet dengan makanan sihat.


4. Dapatkan motivasi dan semangat
Anda akan leih semangat jika dilakukan bersama dengan rakan atau ahli keluarga. 
Jemput mereka untuk sama-sama sertai anda. 
Jika tidak, anda boleh dapatkan inspirasi dari organisasi lain.


5. Tambahkan dengan exercise juga
Jadualkan diet anda dengan sedikit exercise. 
Exercise boleh membakar kalori dan menambahkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi dalam menanggani stress serta memulihkan keseluruhan kesihatan anda.

Exercise adalah teknik terbaik untuk kesihatan

Mudah sahaja kan untuk dapatkan kesihatan yang baik..
terpulang pada diri untuk tentukan..
"Tepuk Dada Tanya Selera"

Selamat Berjaya

2 comments:

  1. Salam perkenalan..hai..BW here..thanks visit my blog. Moga silaturrahim kekal selamanya.. :)

    Senaman tu yang payah sikit nak dibuat..hahahha

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga...nways thanks juga sudi melawat kat sini...

    Bab senaman la yang bantutkan nak diet bg kebanyakan lah...huhuhu

    ReplyDelete