Thursday, August 28, 2014

HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)


Apakah High Fructose Corn Syrup (HFCS) ?

HFCS atau dalam Bahasa Melayu Sirap Jagung FruktosaTinggi ialah pemanis berkalori yang digunakan untuk memaniskan makanan dan minuman terproses. Ia dihasilkan melalui proses enzim daripada sirap glukosa yang berasal dari jagung.

Jagung yang menghasilkan HFCS

Kenapa HFCS Digunakan dalam Industri Makanan ?

  • Kemanisannya yang sama seperti gula
  • Membantu mengekalkan jangka hayat makanan lebih panjang
  • Kurang mahal berbanding pemanis lain  
  • Menggabungkan dengan makanan lain dengan baik
  • Meningkatkan kualiti makanan

Apakah Contoh Makanan mengandungi HFCS ?

Contoh label pada pembungkus makanan

+ Aiskrim
+ Sebahagian besar produk Kellog's, Heinz, Kraft, coklat Hershey's
+ Pepsi, Coca Cola, Sprite
+ A&W
+ Produk minuman Capri-Sun
+ Emping Jagung
+ Minuman berkarbonat
+ Minuman Jus Campuran
+ Coklat
+ Produk susu
+ Jem
+ Sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram
+ Minuman kopi segera
+ Roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin
+ ubat batuk, ubat batuk Vicks
+ Yogurt
+ Sup Campbells


Adakah Gula dan Sirap Jagung Fruktosa Tinggi sama?

Ya. Keduanya terdiri daripada nisbah Fruktosa dan Glukosa yang sama dan mengandungi jumlah kalori yang sama (4 kalori per gram).

Contoh Keratan Akhbar

Apakah antara kesan bahaya HFCS ?

  • Risiko besar kenaikan berat badan dan obesiti
  • Meningkatkan risiko untuk dapat Diabetes Type-2
  • Tekanan darah tinggi & meningkatkan Tahap Kolesterol Tidak Baik
  • Merosakkan Hati
  • Pendedahan Mercury dari HFCS menyebabkan kerosakan otak dan sistem saraf

Semoga info dalam entry kali ini membantu anda menjadi Pengguna Bijak ~

No comments:

Post a Comment