Thursday, August 14, 2014

PEWARNA MERAH DARAH KUMBANG DALAM MAKANAN??

Oh mai ! Kita makan darah kumbang ke ??

Jom baca selanjutnya~

Pernah tak anda check ingredients suatu barang dan ianya tertera mengandungi pewarna carmine?
Sebelum menikmati makanan anda, cuba anda perhatikan senarai kandungannya. Ada tak ianya tertera dengan nama Carmine? Jika ada, elakkan makan kerana carmine itu adalah darah kumbang.
"Pewarna carmine adalah pewarna merah yang digunakan kebanyakannya dalam industri makanan dan kosmetik untuk memberikan warna merah".

Contoh senarai bahan bagi sejenis yogurt

Dari manakah asalnya pewarna Carmine?
Carmine diperolehi daripada darah sejenis kumbang betina yang dikenali sebagai Cochineal. 
Inilah kumbang yang digunakan dalam  industri makanan dan kosmetik untuk pewarna carmine.

Kumbang Cochineal

Contoh-Contoh Produk Menggunakan Pewarna Cochineal (Carmine)



Lagi produk yang ada Carmine boleh lihat dalam video di bawah ini.


Bayangkan selama ini makanan atau minuman yang kita makan adalah sumber dari darah serangga. Sedapkan makan darah kumbang. Aiskrim, yogurt, sirap memang sedap dimakan dan nampak menarik sangat. Hakikatnya ianya adalah serangga. 

Kenapa pewarna dari seranggan juga digunakan sedangkan pewarna dari tumbuhan dan buahan semulajadi ada seperti strawberry, ceri dan sebagainya. Adakah pengeluar sukakan pewarna dari serangga ini? Tetapi kita sebagai pengguna semestinya tidak mahu kan. 

Berhati-hati memilih makanan atau minuman. Tengok isi kandungannya terlebih dahulu. Barulah beli !


No comments:

Post a Comment