Friday, August 15, 2014

KEBAIKAN GULA DARI STEVIA

Anda Pernah Dengar Stevia? 


Pokok Stevia
Stevia adalah sejenis tumbuhan renek yang merupakan sebahagian genus matahari (Asteraceae) berasal dari iklim sub tropika dan tropika dari bahagian barat Amerika Utara ke Amerika Selatan.

Spesies stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf, daun manis atau mudahnya stevia, telah ditanam secara meluas untuk dapatkan kemanisannya.


Gula dari Stevia

Pada 1500 tahun yang lalu, puak Guarani (orang-orang asli Paraguay) yang telah menemui suatu pohon yang mempunyai daun yang manis seperti gula. Selain dari rasa manis, mereka juga mendapati pokok daun manis ini mempunyai banyak kegunaan. Antaranya:

  • Melembutkan kulit
  • Membantu menghadam makanan 
  • Menyuburkan hempedu / pancreas
  • Mengimbangi gula dalam darah
  • Melicinkan kedutan kulit
  • Menyembuh kecacatan, kudis dan luka


Sekarang sudah ramai yang menyedari kelebihan stevia dan menjadikan stevia sebagai pengganti gula kerana kemanisan semulajadinya.

Berbeza dengan gula, stevia memberikan rasa manis yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula kerana keterlarutan stevia dalam air amat perlahan. Namun begitu, stevia mempunyai sedikit rasa pahit (seperti gula licorie -Gula herba English) pada kepekatan tinggi.


Kebaikan Stevia

  • Daun 20 - 30 kali ganda lebih manis dari gula
  • Ekstrak 200 - 300 kali ganda lebih manis dari gula
  • Sangat tinggi khasiat
  • Sangat enak jika dibuat ulaman
  • Tiada kalori
  • Tiada lemak
  • Tidak toksid dan tiada pemanis tiruan 
  • Tiada glisemik
  • Membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan
  • pH dan juga stabil kepanasan sehingga 200 celcius
  • Penambah rasa
  • Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri
  • Tanpa preskripsi doktor
  • Menghalang gigi dari rosak
  • Antioksida
  • Menambah tenaga
  • Menambahkan kekuatan minda
  • Tidak menambahkan paras gula dalam darah
  • Tidak menyumbang kepada penyakit jantung koronari
  • Mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak
  • Mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau


Gula Stevia Terbaik 

Sekarang banyak produk stevia di pasaran, disini Manis nak share produk apa yang paling baik dan berkesan. Anda pun boleh cuba juga !

Inilah produk gula Manis
Ini dulu untuk post kali ini..nanti jumpa lagi~

No comments:

Post a Comment