Wednesday, December 17, 2014

KENALI JENIS PEMANIS

Terdapat banyak kategori pemanis dalam pasaran sekarang. Dari yang semulajadi, buatan, tiruan, tiada kalori dan pelbagai lagi.

Kategori Pemanis

* Gula
   - Merupakan karbohidrat
   - Mengandungi 4 kalori per gram
   - Dijumpai secara semulajadi dalam buah-buahan, sayuran, cereal, dan susu.
   - Glycemic index tinggi
   - Boleh merosakkan gigi
   - Contoh: Sucrose, glucose, dextrose, fructose dll

Sugar (Sucrose)

* Gula Alkohol
   - Juga karbohidrat
   - Semulajadi dari pokok dan cereal
   - Mengandungi sangat kurang kalori berbanding gula
   - Glycemic index sangat rendah
   - Tidak merosakkan gigi
   - Contoh: Xylitol, sorbitol, mannitol, Erythritol dll

* Pemanis semulajadi berkalori 
   - Mengandungi gula dan juga nutrien lain
   - Mengandungi glycemic index yang rendah berbanding gula tetapi
     perlu diambil secara sederhana kerana boleh memudaratkan kesihatan dalam
     kuantiti yang besar.
   - Merosakkan gigi
   - Contoh: Madu, gula maple, gula kelapa dll

Madu


* Pemanis semulajadi tidak berkalori
   - Bukan karbohidrat
   - Mengandungi sangat kurang atau tiada kalori
   - Zero glycemic index
   - Tidak merosakkan gigi
   - Mempunyai rasa "aftertaste"
   - Contoh: Stevia, Luo Han Guo, Monellin, Thaumatin dll

Stevia


* Gula Modified
   - Gula yang dihasilkankan dengan menukarkan kanji menggunakan enzim
   - Glycemic index tinggi
   - Boleh merosakkan gigi
   - Contoh: High Fuctose Corn Syrup, Refine Syrup, Caramel

* Pemanis Tiruan
   - Diperbuat secara kimia
   - Zero glycemic index
   - Tidak merosakkan gigi
   - Ada yang merbahaya kepada kesihatan
   - Contoh: Aspartame, sucralose, Saccharin, Acesulfame K dll


Yang mana pilihan anda?
Jadilah Pengguna Bijak~

Monday, December 8, 2014

HAK PENGGUNA

Sebilangan pengguna di pasar raya

Majoriti dari kita adalah pengguna. Perkongsian hari ini adalah untuk memberikan tips bagaimana menggunakan hak pengguna dengan baik.

Sebagai pengguna, tahukah anda kita mempunyai hak untuk membuat pilihan dan juga membuat penelitian sebelum menggunakan sesuatu produk ?

Kenapa perlu meneliti terlebih dahulu ?
Untuk mengelakkan sebarang penipuan. 

Sebagai contoh, jika ingin membeli produk pemakanan mesti mengenalpasti terlebih dahulu perkara berikut:

1) Sijil Pengesahan Halal

Contoh Perakuan Halal

2) Siji Pengesahan Kandungan Bahan
- Ini untuk mengesahkan bahawa produk tersebut tidak mengandungi bahan beracun dan berbahaya

3) Sijil Analisis Produk & GMP
- Setiap produk pemakanan mesti melalui proses analisis kandungan metal berat dan biologikal.

4) Kod Health & Safety (HS)
- Untuk memastikan penyelenggaraan & pengendalian mengikut standard yang ditetapkan.


Ini antara contoh bagaimana kita menjadi pengguna bijak.
Dalam aspek lain juga kita perlu teliti jika ingin mengelakkan dari ditipu.
Gunakan hak pengguna dengan bijak untuk kebaikan..




Sunday, December 7, 2014

CUKA BUAH BAIK UNTUK SAKIT JANTUNG

Hai semua,

Bertermu kembali..
Hari ini saya ingin kongsikan satu tips bagi yang mengalami masalah jantung.

Bagi mereka yang ada masalah jantung boleh la amalkan minuman ini.

Ramuan:

       1 cawan jus lemon
       1 cawan jus halia
       1 cawan jus bawang putih
       1 cawan Cuka Buah Organik
       3 cawan madu

Cara penyediaan:

  1. Bancuhkan kesemua ramuan (kecuali madu) dan panaskan perlahan-lahan selama setengah jam sehingga kira-kira 1 cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar dan hanya tinggal 3 cawan sahaja.
  2. Biarkan ianya sejuk dan masukkan 3 cawan madu.
  3. Isikan ke dalam balang bersih dan amalkan minum sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.


In shaa Allah, dengan izin-Nya jika diamalkan selalu boleh mengurangkan penyakit anda.
Semoga apa yang dikongsikan membantu anda semua..

Friday, November 14, 2014

JOM KE MAHA 2014 !!

Anda tahu apa itu MAHA ?

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA)
kembali untuk tahun 2014



Apa yang menarik di MAHA 2014 ?

Pameran & aktiviti yang ada di MAHA 2014

Terdapat banyak penyertaan dari syarikat dari pelbagai latar belakang. 
Anda berpeluang untuk menikmati dan mendekati produk-produk dari semua penyertaan.

Jom Kita serbu beramai-ramai di MAEPS
mulai 20hb - 30hb November 2014
dari 10am - 10pm.

Wednesday, November 12, 2014

SENARAI COFFEE YANG DIHARAMKAN OLEH KKM

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu artikel yang saya jumpa dalam page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tahukah anda ?
 Banyak coffee yang terdapat di pasaran adalah mengandungi bahan yang terlarang atau beracun.
Ini adalah senarai kopi yang beracun yang diharamkan KKM.



Zaman ini, apapun boleh berlaku kerana pelbagai produk dikeluarkan semata-mata untuk mengaut keuntungan sahaja tanpa memikirkan tentang pentingnya produk yang bermanfaat dan selamat.
Dan kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya.

Berhati-hati jika anda penggemar coffee.
SEMAK terlebih dahulu kandungannya dan pastikan ianya mempunyai status HALAL yang penting.

Jadilah Pengguna Bijak!!

Sunday, November 9, 2014

HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP BAHAYAKAN KESIHATAN

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai High Fructose Corn Syrup atau HFCS..
(Klik disini)
Dimana ianya antara pemanis yang digunakan dalam pelbagai produk pemakanan..
Namun begitu ianya mempunyai kesan yang tidak baik kepada kesihatan..

Untuk menambahkan lagi ilmu berkaitan bahaya HFCS ini saya kongsikan satu video.



Manfaat ilmu yang anda dapat ini dan jadilah pengguna bijak..

Wednesday, November 5, 2014

JENIS-JENIS TEH

Adakah ada diantara anda yang mahu menikmati hari yang sihat tanpa minuman bergula ?

Jika ya, anda boleh bertukar kepada minuman teh. 
Teh adalah pilihan yang paling sesuai kerana teh mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak beabad lama lagi.


Namun, tidak semua teh adalah sama dan sangat penting untuk tahu teh yang mana lebih bermanfaat.

Mari kita tengok berapa jenis teh yang ada.

1. Teh Traditional 
Kebiasaannya, 
diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu teh hitam, hijau, putih, oolong dan pu-erh.

Pelbagai jenis teh


2. Teh Herba
Teh herba diperbuat daripada pelbagai jenis buah, akar, herba dan benih yang mengandungi banyak nutrien dan khasiat kesihatan.


3. Teh Segera
Teh jenis ini biasanya kurang mesra kesihatan kerana ianya mengandungi kurang teh dan mengandungi gula atau pemanis tiruan. 


4. Teh lain-lain
Selain teh jenis yang di atas, terdapat juga teh yang diperbuat daripada bahan tambahn yang memudaratkan pengguna seperti aloe, senna, buckthorn.
Pengguna juga perlu berhati dengan teh yang menyatakan bahawa boleh menahan sakit dan melawan kanser.



**Bagi sesetengah individu yang mengalami masalah kesihatan, lebih baik jika ambil nasihat pakar kesihatan anda terlebih dahulu sebelum mengambil teh supaya lebih terancang pemakanan anda.



Friday, October 31, 2014

BAGAIMANA UNTUK DIET ?

Ada tak yang ada kemahuan untuk dapatkan badan yang ideal lagi sihat ?
Kalau diikutkan semua inginkan sebegitu bukan tapi bagaimana ?
Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana mahu diet. 


5 TIPS MUDAH UNTUK DIET

1. Setkan Goal anda
Anda tentukan matlamat diet anda secara realistik. Apa yang ingin capai ?
Cukup jika dapat turunkan berat badan walaupun sedikit kerana kesannya akan merangkumi keseluruhan kesihatan anda terutama tekanan darah, aras gula dalam darah dan kolesterol.

Apa yang ingin dicapai ?


2. Plan dan ikut jadual diet anda.
Anda mesti senaraikan apa makanan sihat yang anda boleh dan tidak boleh ambil.

Merancang Diet lebih baik

3. Mulakan Langkah Secara Perlahan
Untuk mengubah diet pemakanan bukan boleh dilakukan secara drastik. Anda perlu lakukan dengan langkah pertama dan kekalkan.
Cara paling mudah adalah dengan menggantikan stok makanan dalam peti sejuk dan kabinet dengan makanan sihat.


4. Dapatkan motivasi dan semangat
Anda akan leih semangat jika dilakukan bersama dengan rakan atau ahli keluarga. 
Jemput mereka untuk sama-sama sertai anda. 
Jika tidak, anda boleh dapatkan inspirasi dari organisasi lain.


5. Tambahkan dengan exercise juga
Jadualkan diet anda dengan sedikit exercise. 
Exercise boleh membakar kalori dan menambahkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi dalam menanggani stress serta memulihkan keseluruhan kesihatan anda.

Exercise adalah teknik terbaik untuk kesihatan

Mudah sahaja kan untuk dapatkan kesihatan yang baik..
terpulang pada diri untuk tentukan..
"Tepuk Dada Tanya Selera"

Selamat Berjaya

Wednesday, October 29, 2014

BAGAIMANA MEMILIH PEMANIS ANDA ?

Sebagai pengguna dan juga mementingkan kesihatan, kita berhak untuk mengetahui secara details mengenai produk yang kita gunakan.

Sebagai contoh,
 dalam pemilihan produk pemanis, apa yang perlu kita tahu ?

1. Kandungan bahan
 Pastikan pada packaging tertera kandungan bahan yang digunakan.
 Adakah pemanis semulajadi, gula alkohol atau pemanis tiruan ?


2. Bukti Pengesahan Produk
Kita berhak untuk mengetahui setiap bukti pengesahan yang dinyatakan.
Contohnya, Pengesahan Sijil Halal, Pengesahan Kandungan Bahan, Sijil Analysis, GMP, dan sebagainya.

Ini contoh produk yang menyatakan mendapat pengikhtirafan tetapi tiada bukti diserta. Sebagai pengguna, kita menjadi ragu-ragu dengan apa yang dinyatakan.




















3. Tarikh Luput
Semestinya kena dinyatakan dengan jelas bagi semua produk.


4. Maklumat Pemakanan & Nutisi
Ini juga sangat penting untuk kita tahu berapa kandungan nutrisi yang kita perlu ambil bagi setiap produk. 


5. Tempat penghasilan
Ini juga penting untuk kita tahu. 
Adakah produk yang kita gunakan dihasilkan di kilang, lab atau di rumah?


Ini pun tidak dinyatakan dengan jelas prosesnya.



















Bagi contoh di atas, cuba kita renungkan sejenak bagaimana gula terhasil dari tebu (Sucrose) boleh menjadi gula tiada kalori ? 
Tidak perlu melalui proses kimia tertentu untuk mengubah sifat kimia nya?

Sucralose adalah gula modified.
Adakah yang ini boleh dikategorikan dalam kategori yang sama?



Sama juga yang ini, tidak semua yang ada dalam list di atas tertera pada produk.
Malah dalam site juga tidak dinyatakan dengan lebih details. 


Bagaimana untuk menjadi pengguna bijak ?
Anda yang tentukan.

Tuesday, October 28, 2014

BAGAIMANA MEMILIH COFFEE YANG PALING BAGUS ?

Ada yang gemarkan coffee ?
Wah, sangat bahagia jika dapat menikmati coffee bersama dengan hidangan petang.

Hidangan petang dengan Coffee
Tapi, bila ke Superstore
Kadang-kadang kita pening nak buat pilihan.
Mana satu nak beli banyak sangat jenama yang ada. 

Untuk mudahkan anda buat pilihan,
 Kat sini saya nak bagi sikit tips bagaimana cara memilih coffe yang betul2 memuaskan hati..


TIPS MEMILIH COFFEE

1. Tengok information dari mana Coffee berasal
Ini boleh memberikan jaminan untuk mendapatkan coffee yang berkualiti tinggi.

2. "Roasted Date" 
Pastikan tarikh ianya dibakar tertulis pada label.

3. Sepenuhnya Biji Coffee
Pastikan ianya adalah penghasilan dari biji coffee sebenar.

4. Nota pengambilan
Tengok pada label, jika ada nota tentang pengambilan maksudnya pengeluar sudah pun mencuba coffee tersebut. Secara tidak langsung kita akan tahu kualiti coffee tersebut.

5. Harga
Pastikan harga yang ditawarkan berpatutan. 
Kadang-kadang yang mahal tidak selalunya bagus..

Keenakan Coffee

PERKARA PERLU DIELAKKAN

1. 100% Coffee - Ini tidak memberikan maklumat apa yang terkandung dalamnya.

2. 100% Arabica - Kena tahu tidak semua coffee dari Arab adalah sama.

Biji Coffee
3. Label yang tiada manfaat - Elakkan tertipu dengan kata-kata pada label.

Ini sahaja yang boleh dikongsikan.
Harap dapat membantu anda..

Friday, October 24, 2014

GULA ADALAH PEMBUNUH !

Saya ada terjumpa satu video menarik dan best juga la kat youtube.

Tetapi, video ni berkaitan dengan bahaya gula.

kat sini saya share kan untuk anda.

Tuesday, October 21, 2014

CARA BUAT HOMEMADE YOGURT

Hai~
Sebelum ini saya ada bagitahu nak share cara buat yogurt kan..
So, untuk entry kali ini saya akan share kan untuk anda...

Lepas ini boleh la anda buat sendiri yogurt !

Bahan-bahannya :
- Susu
- Yogurt asli
- Buah-buahan



Cara-caranya :

1. Sediakan atau bancuh susu (Mengikut kesukaan anda susu apa).

Lebih kurang 3/4 gelas

2. Masukkan susu dalam bekas dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

3. Padamkan api dengan segera bila saja mendidih dan tuangkan dalam bekas lain.

4. Sejukkan susu tadi dengan mencatatkan suhunya sehingga mencapai 41°C.

5. Kemudian, masukkan dengan segera 1 sudu besar yogurt asli dalam susu tadi dan kacau dengan perlahan.

6. Tutupkan bekas dan biarkan ianya sejuk. Kemudian, simpan dalam peti ais semalaman.

7. Selepas semalaman, yogurt sudah siap untuk dinikmati. Lebih enak jika dihidangkan bersama dengan aneka buah-buahan seperti epal, kiwi, anggur dan sebagainya.


Yogurt Buah

Selamat Mencuba~


Friday, October 17, 2014

PEMILIHAN TEH YANG BAIK

Kalau anda mahukan sesuatu mesti pilih yang betul-betul terbaik kan ?
Sama juga lah bagi yang sukakan teh, pasti inginkan yang terbaik untuk hari anda..

Tapi,
Bagaimana untuk dapatkan teh yang terbaik dan memuaskan ?
Terlalu banyak teh yang ada di pasaran.

Ok, 
Kat sini kita kongsi sikit tips
Bagaimana membuat pilihan tepat untuk minuman teh anda.

Hidangan teh untuk minum pagi atau petang

Pertamanya,
Cara paling baik adalah tanya diri anda sendiri terlebih dahulu
"Apakah yang anda inginkan dari teh anda?"
kerana
Masing-masing mempunyai citarasa tersendiri.

Anda tahu apa yang anda inginkan. 
Namun begitu,
Saya akan kongsikan guideline dan
 Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.


FAKTOR PEMILIHAN TEH YANG TERBAIK :

Gambar Hiasan


1. Kebaikan untuk Kesihatan
Semestinya faktor ini paling penting.
Formulasi dan kandungan teh bagi setiap jenama berbeza,
Pilih teh yang mengandungi manfaat kesihatan yang lebih untuk anda.


2. Rasa Teh
Teh mempunyai pelbagai jenis.
 Ada yang teh hijau, teh putih, teh hitam dan pelbagai lagi. 
Pilih rasa teh mengikut kesukaan anda.


3. Menghilangkan Tekanan dan Menenangkan
Faktor ini pun penting untuk kesihatan. 
Contohnya, teh yang mengandungi jasmin boleh memberikan ketenangan 
serta boleh menghilangkan tekanan.


4. Kandungan Kafein
Setiap orang berbeza-beza rasa, 
tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan
sebaiknya pilih teh yang kurang kafein
atau lebih bagus lagi tiada kafein.


5. Penyediaan yang mudah
Sekarang teh boleh didapati dalam pelbagai bentuk.
Ada yang serbuk, uncang, dan segera.
Dan penyediaanya pun mengikut jenis teh yang digunakan juga.
Yang mana paling mudah bagi anda ?


6. Harga Berpatutan
Setiap jenama produk teh bereza-beza. 
Anda tentukan yang mana paling berkemampuan bagi anda.
"Yang Mahal tak Selalunya Bagus"..


7. Kualiti Teh
Kualiti sesuatu teh bergantung kepada jenis teh yang digunakan
dan juga kandungan lain dalamnya.
Tapi, yang paling penting
 sejauh mana teh boleh memberikan manfaat kepada anda!


Haaa..
Selamat Menikmati Teh kegemaran anda.
Selepas ini boleh la buat pilihan tepat!!


Friday, October 10, 2014

KEBAIKAN MENGAMALKAN MINUM TEH

Minuman teh
(Sumber: Google)

Teh merupakan antara minuman yang agak digemari oleh rakyat Malaysia. 

Adakah anda tahu apakah kebaikan minum teh ?

Hari ini saya akan share serba sedikit tentang kebaikan teh.

The types of tea

Kebaikan Minum Teh:

  • Teh boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Teh boleh meningkatkan daya tahan senaman.
  • Antioksidan dalam teh boleh melindungi daripada penyakit kanser.
  • Teh boleh menghidratkan kepada badan.
  • Teh membantu melawan radical bebas.
  • Minum teh boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson.
  • Teh mampu menyediakan perlindungan dari sinaran uv.
  • Teh membantu menurunkan berat badan.
  • Membantu badan membaik pulih dari radiasi.
  • Teh membantu pesakit diabetes Type 2.
  • Teh membantu menguatkan dan memadatkan mineral tulang.
  • Teh boleh menjadi agen yang berkesan dalam merawat penyakit berkaitan neorologi.


Tuesday, October 7, 2014

MANAKAH SUSU KAMBING PILIHAN ANDA ??

Hai semua!!
Ingat lagi tak entry ini

yang saya postkan sebelum ini..

Dalam entry itu saya ada tunjukkan perbezaan pelbagai jenis susu kambing..
Memandangkan gambar dalam post sebelum ini tidak berapa jelas,
Untuk post ini saya nak share kan lebih jelas mengenai 
keterlarutan dalam air suam & tekstur yogurt yang terhasil

** Gambar diambil sejurus dimasukkan susu kambing ke dalam air suam.
** Sukatan susu adalah sama.

1. Karihome Goat Whole Milk Powder

Nampak tak?
Kelihatan susu tepung pada permukaan tidak larut sepenuhnya.
Ini adalah hasilnya bila dibuat yogurt.
Teksturnya agak ok tetapi cair.

2. New Essential Goat Milk Powder

Susu tepung tidak larut sepenuhnya dengan cepat.
Tekstur yogurt tidak menjadi. Agak cair.

3. Goat's Milk Powder HiGoat

Susu tepung tidak terus larut dalam air suam.
Teksturnya terlalu cair untuk dibuat yogurt.

4. Superbest Goat Power

Juga tidak terus larut dalam air suam.
Juga cair dan tidak sesuai untuk buat yogurt.

5. Hiraq Susu Kambing Platinum

Sama juga. Tidak larut sepenuhnya.
Sangat cair dan tidak boleh dibuat yogurt.

6. Biostevia Susu Kambing Asli plus Stevia


Tidak sepenuhnya larut.
Tekstur yogurt sangat cair. Tidak boleh dibuat yogurt.


7. Dr.Sweet Stevia Goat Milk

Larut sepenuhnya dengan cepat.
Tekstur yogurtnya menjadi. Sesuat dibuat yogurt.
Ini adalah gambaran lebih jelas lagi. Persoalannya ?

Kenapa kebanyakan susu kambing di atas lambat larut ?
Ini kerana peratus susu kambing (Anggaran 20% sahaja) di dalamnya adalah sangat sedikit disebabkan adanya campuran:
  • Maltodextrin (Tepung ubi kayu/tepung jagung)
  • Non-Diary Creamer 
*Boleh rujuk di sini.

Sekian, perkongsian untuk hari ini~

Friday, October 3, 2014

KEENAKAN YOGURT

Anda sukakan yogurt ?


Bagi mereka yang suka yogurt mesti tahu apa kebaikan yogurt kan..

Entry kali kita bercerita mengenai yogurt pula...
Banyak kebaikan yogurt sebenarnya yang mungkin kita tidak tahu..

Jom kita review apakah kebaikan yogurt ?
Ianya baik untuk membantu dan merawat masalah seperti:

Lactose Intolerence

Mengawal Berat Badan

Probiotics

Membantu Masalah Diarrhea

Kesan Imunologi

Penyakit Keradangan Usus

Sindrom Usus


Nak tahu cara buat homemade yogurt ?
Nantikan !
 akan dikongsikan disini..


Tuesday, September 30, 2014

KEBAIKAN SUSU KAMBING UNTUK SEMUA

Sejak dua tiga hari ini saya banyak kongsikan mengenai susu kambing kan..Hehehe..
Masih dalam mood untuk susu kambing lagi..

Dan perkongsian hari ini pun tentang susu kambing juga.
Kita tahu susu kambing merupakan susu yang kedua terbaik selepas susu ibu 
Jadi, kita kongsikan kebaikan susu kambing ini untuk semua golongan..

Susu Kambing sesuai untuk: 
  • Wanita baru berkahwin
  • Wanita mengandung
  • Wanita baru bersalin
  • Wanita menyusukan Bayi
  • Warga berusia emas
  • Golongan yang aktif

Khasiat Susu Kambing untuk Wanita Mengandung
  • Mengelak bayi terkena demam kuning
  • Memberikan tenaga dan menyegarkan tubuh
  • Membekalkan kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membersihkan dalaman dan peranakan semasa bersalin

Khasiat Susu Kambing untuk Wanita Menyusukan Bayi
  • Merawat bayi yang terkena demam kuning
  • Menambahkan susu ibu
  • Mengelakkan bayi dari kembung perut
  • Mengekalkan kecergasan dan tenaga kepada wanita selepas bersalin
  • Membantu mempercepatkan pemulihan dalaman wanita selepas bersalin.

Khasiat Susu Kambing untuk Warga Berusia Emas
  • Memberikan tenaga untuk seharian
  • Menguatkan tulang, sendi dan lutut
  • Membantu daripada penyakit lupa atau nyanyuk

Khasiat Susu Kambing untuk Golongan aktif
  • Memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian
  • Mengekalkan stamina
  • Menguatkan sistem otot dan tulang

Selepas ini boleh lah amalkan susu kambing yer..
Banyak sangat khasiatnya tambahan antara makanan sunnah juga..
Selamat Beramal~

Monday, September 29, 2014

KEAJAIBAN SUSU KAMBING

Susu Kambing merupakan antara makanan sunnah yang sangat banyak khasiat. Pelbagai kajian telah dibuat dan didapati susu kambing mengandungi kandungan nutrien yang lebih baik berbanding susu lembu dan lain-lain.


Kandungan Susu Kambing 
  • 13% kalsium lebih tinggi dari Susu Lembu
  • 25% vitamin B-6 lebih tinggi dari Susu Lembu
  • 47% vitamin A lebih tinggi dari Susu Lembu
  • 27% antioksidan selenium lebih tinggi dari Susu Lembu
  • 1.34% pottasium lebih tinggi dari Susu Lembu
  • 3.5% niasin lebih tinggi dari Susu Lembu
  • bersifat alkali

Khasiat Susu Kambing

  1. Menguatkan Tulang
  2. Mengurangkan Risiko Kanser Paru-Paru
  3. Melancarkan Pencernaan
  4. Mengurangkan Penyakit Jantung Koroner
  5. Susu kambing kaya dengan protein, enzim
  6. Mengandungi faktor anti-penuaan, arthritis, anti-kanser
  7. Mengandungi antibodi untuk merawat demam kuning, lelah, sakit jantung tahap awal, penyakit kulit, ulser perut
  8. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi

Banyak bukan kebaikan susu kambing !

FAKTA !
Susu Kambing juga merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu kerana kandungan proteinnya hampir menyerupai susu ibu yang mengandungi asid amino termasuk asid amino essential.

HATI-HATI !
Susu kambing terbukti berkhasiat tetapi berhati-hati semasa memilihnya. Susu kambing yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya bukan 100% asli kerana terdapat kandungan lain (Cth: maltodextrin dan non-dairy creamer) dalamnya menyebabkan peratus kandungan susu kambing sangat sedikit.


Baca post sebelum ini untuk rujukan
Fakta Mengenai Susu Kambing

Thursday, September 25, 2014

TRANS LEMAK DALAM SUSU KAMBING

Post saya sebelum ini, adalah berkaitan dengan kandungan dalam 'Non-Dairy Creamer'. 
"Non-Dairy Creamer" digunakan dalam sesetengah produk susu kambing atau susu
Terdapat 7 jenis bahan dalam menghasilkan 'Non-Dairy Creamer' 
tetapi bahan utamanya adalah Gula dan
Partially Hidrogenated Soybean Oil.

Contoh label kandungan bahan 

Apa Maksud Partially Hidrogenated Soybean Oil ?
Partially Hidrogenated Soybean Oil adalah trans fat (Lemak yang tidak baik). 

Kenapa perkataan trans fat tidak digunakan ?
Pengeluar cuba menyembunyikannya dengan menggantikan nama trans fat dengan Partially Hidrogenated Soybean Oil supaya tidak disedari oleh pengguna.
Dan dalam fakta nutrisi trans fat dinyatakan 0 gram kerana nilainya terlalu kecil.

Bagaimana Partially Hidrogenated Soybean Oil dihasilkan ?
  • Minyak (Kacang soya, kapas, minyak atau cecair lain) dipanaskan dalam kehadiran hidrogen dan pemangkin. 
  • Proses penghidrogenan menukarkan beberapa asid lemak politaktepu ke monotaktepu dan asid lemak tepu. Ia juga menukarkan beberapa asid lemak monotaktepu kepada asid lemak tepu.
  • Sesetengah asid lemak ditukar kepada bentuk "trans".

Kenapa Minyak Separa Dihidrogen ?
Untuk meningkatkan jangka hayat dan ciri memasak bagi minyak dan produk masakan.

Adakah Partially Hidrogenated Soybean Oil berbahaya kepada kesihatan ?
  • Lemak trans meningkatkan jumlah kolesterol tidak baik (LDL)  dalam darah, dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Ia juga mengurangkan kolesterol baik (HDL), yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung lebih. 
  • Menjadikan arteri lebih tegar; menyebabkan arteri utama tersumbat
  • Menyebabkan rintangan insulin atau menyumbang kepada diabetes jenis 2
  • Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius yang lain.
Keterlarutan Susu Kambing dalam air suam
Kebanyakan Susu Kambing susah larut dalam air suam disebabkan peratus kandungan susu kambing sangat rendah kerana adanya kandungan maltodextrin dan juga Non-Dairy Creamer

Boleh rujuk entry ini untuk lebih lanjut 

Wednesday, September 24, 2014

NON-DAIRY CREAMER ?

Krimer Bukan Tenusu (Non-Dairy Creamer) adalah pengganti susu atau krim untuk memberikan rasa bagi minuman coffee, teh atau susu.

Dalam post sebelum ini, saya ada berkongsi tentang Susu kambing yang mana kebanyakanya mengandungi "Non-Dairy Creamer". Sekarang, jom kita tengok apa itu "Non-Dairy Creamer".

Krimer Bukan Tenusu dalam coffee

KANDUNGAN NON-DAIRY CREAMER 

1. Minyak kacang Soya Separa Hidrogen (Minyak Kapas)
  • Merupakan minyak trans lemak yang meningkatkan kolesterol tidak baik dan merendahkan kolesterol baik dalam badan
  • Maka, boleh menggandakan risiko penyakit jantung, meningkatkan pembekuan darah dan keradangan, yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung atau strok.

2. Sirap Jagung Fructosa Tinggi (HFCS)
  • Pengambilan yang banyak fruktosa dapat mencukai dan merosakkan hati anda dengan cara yang sama alkohol dan toksin lain lakukan dimana ianya dimetabolismekan terus ke dalam lemak - lemak yang disimpan akan membawa kepada kerosakan mitokondria, obesiti, dan penyakit berkaitan obesiti.

3. Dipotassium Phosphate
  • Merupakan garam bukan organik yang digunakan sebagai penstabil dan anti-ketulan dalam krimer bukan tenusu. 
  • Ia juga digunakan dalam baja dan kosmetik, dan dikatakan menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit jika diambil "dalam kuantiti banyak."

4. Mono dan Diglycerides 
  • Digunakan untuk Mencampurkan bersama-sama bahan yang biasanya tidak akan bercampur dengan baik (seperti minyak dan air). 
  • Boleh dihasilkan secara buatan atau berasal dari haiwan atau sayur-sayuran sumber, termasuk minyak separa hidrogenasi.

5. Perisa Semulajadi
  • MSG adalah excitotoxin, yang bermakna ia terlebih mengaktifkan sel-sel anda ke tahap kerosakan atau kematian. 
  • Menyebabkan otak tidak berfingsi dan kerosakan kepada darjah yang berbeza-beza, dan berpotensi mencetuskan atau mengganggu kebolehan pembelajaran, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, penyakit Lou Gehrig, dan banyak lagi yang semakin buruk. 
  • Krimer bukan tenusu juga mengandungi vanila berbau rembesan dari dubur memerang, yang dipanggil castoreum.

6. Natrium Caseinate 
  • Bahan ini diekstrak daripada protein susu dan digunakan sebagai pemekat dan agen pemutihan.
  • Ia biasanya dirawat dengan hidroksida solium kimia, alkali kimia. Alkali kimia bertindak seperti "anti-nutrien" - merosakkan atau menyekat penyerapan nutrien. 
  • Casein juga protein utama yang terdapat dalam susu lembu yang dikaitkan dengan alergi, keadaan neurologi, dan tindak balas autoimun seperti kencing manis juvana-awal jenis 1.

7. Sodium Stearoyl Lactylate (SSL) 
  • Bahan tambahan ini digunakan untuk mengukuhkan doh roti, pembersih, ejen berbuih, dan pengemulsi dalam produk kosmetik. 
  • SSL juga digunakan untuk menggantikan lemak dan gula, kerana ia mempunyai rasa yang sedikit manis dan mengurangkan jumlah minyak yang diperlukan dalam produk.

Setakat ini untuk hari ini..
Next time kita akan tambah lagi info dari semasa ke semasa ~
Selamat Menjadi Pengguna Bijak~

Tuesday, September 23, 2014

FAKTA MENGENAI SUSU KAMBING

FAKTA PENTING !!

Mesti kita sume perasan kan dalam pasaran sekarang makin banyak produk susu kambing. Pelbagai jenama dan jenis ada, ada dalam bentuk liquid, powder dan sejuk beku juga.
Bagi mereka yang ingin dan gemar minum susu kambing mesti tertanya-tanya yang mana satukah paling TERBAIK ?

Disini saya nak share, dari pengalaman saya sendiri sewaktu proses mencari susu kambing yang betul-betul boleh saya minum. Saya seorang yang suka mencuba dan saya tidak suka susu kambing sebenarnya disebabkan baunya yang kurang enak. (Mesti ada juga diantara anda sama seperti saya ! Tapi saya suka susu.)

Apa yang menyebabkan saya ingin mencuba susu kambing apabila saya dapat tahu susu kambing sangat baik untuk diamalkan berbanding susu lembu.

Dipendekkan cerita, saya call seorang pengusaha susu kambing untuk bertanyakan mengenainya. Beliau mengusahakan susu kambing dalam bentuk TEPUNG. Katanya, semua susu kambing dalam bentuk serbuk macam mane sekalipun mesti ditambah sikit dengan “Non Dairy Cremer” untuk elakkan susu itu berketul dan tidak larut dalam air (Panas/Sejuk).

Tapi, jika nisbah “Non Dairy Cremer” sikit pengeluar tidak akan nyatakan dalam RAMUAN.
So, berhati-hati dgn perkataan TULEN pada packaging. Ianya bermaksud samada betul-betul tulen atau nisbahnya terlalu sedikit (Mengikut undang-undang dibenarkan jika tidak dinyatakan)


Saya pergilah beli dan rasa setiap satu produk susu kambing yang ada. Agak susah juga lah nak telan sehingga jumpa yang betul-betul TERBAIK. Dan ini hasil perbandingan yang boleh saya buat !!


PERBEZAAN SUSU KAMBING


Dan ini perbandingan yang dilakukan dari segi kandungan bahan yang dinyatakan pada kotak pembungkusan, keterlarutan dalam air suam, harga, rasa dan kebolehan untuk dibuat yogurt serta teksturnya.



Alhamdulillah,
 sekarang sudah boleh minum susu kambing sebab sudah jumpa yang betul-betul Terbaik !
Moga apa yang dikongsikan ini dapat membantu anda membuat pilihan ~
Selamat Menikmatinya..
Amalkan Susu Kambing..Memang baik untuk kesihatan.
Nanti next time akan dikongsikan lebih banyak lagi mengenainya..

Tuesday, September 16, 2014

MEMAHAMI LABEL NUTRISI MAKANAN

Hari ini Manis ingin kongsikan sedikit info tentang cara bagaimana untuk fahami label nutrisi yang ada pada pembungkusan makanan.

Memahami label sangat penting bagi memudahkan kita memilih makanan yang sesuai dan mengandungi kandungan khasiat yang baik untuk badan.

Contoh nutrisi label
Ok, ini adalah contoh nutrisi label bagi makaroni dan keju. Nutrisi label ini berbeza mengikut jenis produk makanan dan ianya mengandungi maklumat spesifik produk (Saiz hidangan, nilai kalori & maklumat nutrisi).

Sekarang kita pergi satu per satu :

1. Saiz Hidangan
  • Saiz hidangan diselaraskan untuk memudahkan kita membandingkan dengan produk yang sama jenis.
  • Bilangan kalori bergantung kpd saiz hidangan yang diambil. Contohnya; 
#1 - Satu hidangan makaroni & keju sama dengan satu cawan.
Kalau makan kesemua pakej bermaksud dua cawan.
Ini bermaksud akan gandakan juga nilai kalori dan kandungan nutrisi
2. Kalori 
  • Kalori menyediakan ukuran berapa banyak tenaga yang akan dapat daripada hidangan makanan tersebut.
  • Bahagian ini membantu anda untuk menguruskan berat badan anda (Kurang, Lebih atau Kekal).
  • Contohnya;
#2 - Kalori 250 bermaksud terdapat 250 kalori dalam satu hidangan makaroni & keju ini.
Dan hampir separuh kalori adalah dari lemak.

             Panduan kalori (Based on 2000 diet kalori):
                                       40 kalori  = Rendah
                                     100 kalori  = Pertengahan
                                     400 kalori  = Tinggi

3. Nutrisi - Hadkan pengambilan

#3 - Senarai nutrisi yang perlu dihadkan pengambilannya
  • Makan terlalu banyak di bahagian ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantug, kanser atau tekanan darah tinggi.
4. Nutrisi - Pengambilan Secukupnya

#4 - Senarai nutrisi yang perlu diambil secukupnya
untuk mengurangkan risiko penyakit
  • Makan secukupnya nutrisi ini boleh membantu kesihatan dan mengurangkan risiko sesetengah penyakit dan keadaan. Contoh kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis (keadaan yang menyebabkan tulang rapuh pada satu umur).
5. Footnote

#5 - Footnote pada produk makanan
  • Tanda * bermaksud peratus Nilai harian (DV) adalah berpandukan kepada 2,000 diet kalori.
  • Perlu ada pada setiap label produk makanan.
  • Ianya sentiasa sama dan tidak berubah dari produk ke produk disebabkan ini adalah nasihat diet yang disyorkan bukan spesifik produk makanan.
  • Tanda bulatan pula bermaksud nilai harian bagi setiap nutrisi yang disenaraikan dan berpandukan nasihat pakar.

6. Peratus Nilai Harian (%DV)
  • Panduan DV: 5% atau kurang adalah rendah, 20% atau lebih adalah tinggi.
  • Contohnya; tengok pada Jumlah Lemak adakah ianya rendah atau tinggi ?
#6 - Semak panduan DV, Jumlah lemak adalah 18%DV
dimana kurang dari 20% maksudnya tidak tinggi.
Tetapi, jika ambil dua hidangan nilai berganda kpd 36%DV.
  • Maksudnya, jika anda ambil dua hidangan akan jadi 36%DV dan tinggal lagi 64%DV jumlah lemak untuk semua makanan anda ambil pada hari itu termasuklah snek dan minuman.
Ok lah, setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Moga ianya membantu anda untuk dapatkan diet harian yang sihat dan secukupnya.

Jumpa next entry~